Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Seri Alam mula dibina pada januari 2000 dan siap sepenuhnya menjelang april 2001. kedudukan sekolah ini terletak 30 kilometer dari bandaraya Johor Bahru dan berhampiran dengan Bandar Pasir Gudang dan Masai. ia dibina di atas tapak yang luasnya 9.2 ekar dan melibatkan kos rm0.5 juta oleh seri alam properties sdn. bhd melalui anak syarikatnya iaitu um land bena sdn bhd.
Nama SMK Bandar Seri Alam ini diberikan sempena kedudukannya yang terletak di kawasan perumahan Bandar Seri Alam. reka bentuknya yang unik dan menarik ini terdiri daripada beberapa blok iaitu blok pengurusan,blok iltizam, blok usaha, blok ilmu, dan blok bakti. terdapat 36 buah bilik darjah yang boleh menampung kapasiti maksimum 1400 orang pelajar.
Ianya turut dilengkapi dengan bilik-bilik khas seperti bilik agama, bilik geografi, bilik sejarah, bilik kesihatan, makmal bahasa, makmal komputer, dan bilik peperiksaan.Selain daripada itu, kemudahan bilik kaunseling, pusat sumber, bilik tayang, bilik mesyuarat( balai tun seri lanang ), makmal sains, bengkel kemahiran hidup, dan makmal lukisan teknikal dan kejuruteraan. Kemudahan lain yang turut disediakan ialah surau raudhatul jannah, cafi bestari, dataran wacana, dewan terbuka za’ba,dewan gelanggang, permainan seri buana, yang dilengkapi dengan bilik persalinan dan padang Seri Alam serta kemudahan yang selesa bertaraf eksekutif menggambarkan peranan, tanggungjawab dan martabat guru sudah mula dipertingkatkan.
Tanggal 16 julai 2001 adalah tanggal keramat dan bersejarah kerana pada tarikh tersebut, secara rasminya sekolah ini dibuka dibawah kepimpinan pengurusanen. Zulkipli bin Hj.Mahmud selaku pengetua SMKBSA bersama-sama 13 orang guru yang lain menerima kedatangan 281 orang pelajar yang memulakan persekolahan di tingkatan peralihan, satu, dua, dan empat iaitu sebanyak 12 buah kelas.
Kini SMK Bandar Seri Alam telah berusia 10 tahun dan di bawah kepimpinan Tn.Hj Yahaya bin Suip bersama-sama 92 orang guru dan 13 orang staf sokongan dengan bilangan pelajar seramai 1520 orang.
No comments:
Post a Comment