Friday, 12 August 2011

CUTI AM NEGERI JOHOR 2011


BIL
HARI KELEPASAN AM
TARIKH
HARI
1.               
Hari Hol Almarhum Sultan Johor
11 Januari
Selasa
2.               
Hari Thaipusam**
20 Januari
Khamis
3.               
Tahun Baru Cina
3 & 4 Februari
Khamis & Jumaat
4.               
Hari Keputeraan Nabi Muhammad S.A.W. (Maulidur Rasul)
15 Februari
Selasa
5.               
Hari Pekerja
1 Mei
Ahad
6.               
Hari Wesak
17 Mei
Selasa
7.               
Hari Keputeraan Sri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong
4 Jun
Ahad
8.               
Awal Ramadhan
1 Ogos
Selasa
9.               
Hari Raya Puasa (Aidilfitri)*
30 & 31 Ogos
Selasa & Rabu
10.           
Hari Kebangsaan
31 Ogos
Rabu
11.           
Hari Satu Malaysia
16 September
Jumaat
12.           
Hari Deepavali*
26 Oktober
Rabu
13.           
Hari Raya Haji 1432H
6 November
Ahad
14.           
Hari Keputeraan D.Y.M.M. Baginda Sultan Johor **
22 November
Jumaat
15.           
Awal Muharam (Maal Hijrah)1433H
27 November
Ahad
16.           
Hari Krismas
25 Disember
Ahad
Catatan :
*   Tertakluk kepada pindaan
** Hari Kelepasan Am Negeri

Peringatan :
Apabila hari pelepasan itu jatuh pada hari Kelepasan Mingguan, maka hari tersebut digantikan dengan hari esoknya dan jika hari yang kemudiannya itu pula sedia menjadi hari kelepasan, maka hari yang berikutnya dijadikan hari Kelepasan Am.

LAGU SEKOLAH


BERILMU BERILTIZAM BERBAKTI

BERILMU BERILTIZAM DAN BERBAKTI
ITULAH COGANKATA
SMK BANDAR SERI ALAM
PELAJARNYA BUDIMAN

GURUNYA BERINOVASI
MENDIDIK KAMI SETULUS HATI
JADI WARGA YANG BERVISI
MAHIR BERTEKNOLOGI

PADA IBU BAPA TERCINTA
SUNGGUH KAMI BERJANJI
HARAPANMU KAN KAMI TUNAIKAN
BANGGAAN PERTIWI

DALAM BIDANG KESUKANAN
KAMI PASTI CEBUR SEPENUH HATI
JADI INSAN YANG BERBUDI
SERI ALAM SEKOLAH KAMI

SEJARAH SEKOLAH


Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Seri Alam mula dibina pada januari 2000 dan siap sepenuhnya menjelang april 2001. kedudukan sekolah ini terletak 30 kilometer dari bandaraya Johor Bahru dan berhampiran dengan Bandar Pasir Gudang dan Masai. ia dibina di atas  tapak yang luasnya 9.2 ekar dan melibatkan kos rm0.5 juta oleh seri alam properties sdn. bhd melalui anak syarikatnya iaitu um land bena sdn bhd.

Nama SMK Bandar Seri Alam ini diberikan sempena kedudukannya yang terletak di kawasan perumahan Bandar Seri Alam. reka bentuknya yang unik dan menarik ini terdiri daripada beberapa blok iaitu blok pengurusan,blok iltizam, blok usaha, blok ilmu, dan blok bakti. terdapat 36 buah bilik darjah yang boleh menampung kapasiti maksimum 1400 orang pelajar.

Ianya turut dilengkapi dengan bilik-bilik khas seperti bilik agama, bilik geografi, bilik sejarah, bilik kesihatan, makmal bahasa, makmal komputer, dan bilik peperiksaan.Selain daripada itu, kemudahan bilik kaunseling, pusat sumber, bilik tayang, bilik mesyuarat( balai tun seri lanang ), makmal sains, bengkel kemahiran hidup, dan makmal lukisan teknikal dan kejuruteraan. Kemudahan lain yang turut disediakan ialah surau raudhatul jannah, cafi bestari, dataran wacana, dewan terbuka za’ba,dewan gelanggang, permainan seri buana, yang dilengkapi dengan bilik persalinan dan padang Seri Alam serta kemudahan yang selesa bertaraf eksekutif menggambarkan peranan, tanggungjawab dan martabat guru sudah mula dipertingkatkan.

Tanggal 16 julai 2001 adalah tanggal keramat dan bersejarah kerana pada tarikh tersebut, secara rasminya sekolah ini dibuka dibawah kepimpinan pengurusanen. Zulkipli bin Hj.Mahmud selaku pengetua SMKBSA bersama-sama 13 orang guru yang lain menerima kedatangan 281 orang pelajar yang memulakan persekolahan di tingkatan peralihan, satu, dua, dan empat iaitu sebanyak 12 buah kelas.

Kini SMK Bandar Seri Alam telah berusia 10 tahun dan di bawah kepimpinan Tn.Hj Yahaya bin Suip bersama-sama 92 orang guru dan 13 orang staf sokongan dengan bilangan pelajar seramai 1520 orang.